Asid folik
Asid folik

Asid folik

Asid folik (juga dikenali sebagai vitamin M, vitamin B9,[4] vitamin Bc[5] (atau folasin), pteroyl-asid L-glutamik, dan pteroyl-L-glutamat) ialah sejenis bentuk vitamin B-kompleks larut air. Folat ialah bentuk vitamin ini yang wujud secara semula jadi dalam makanan, manakala asid folik secara khusus merujuk pada bentuk vitamin ini yang dihasilkan secara sintetik, dan dimasukkan dalam makanan diperkuatkan dan penokok diet.[6] Asid folik sendiri tidak aktif secara biologi, tetapi kepentingan biologinya ialah kerana asid tetrahidrofolik dan bahan terbitan lain selepas penukarannya menjadi asid dihidrofolik dalam hati.[7]Vitamin B9 (asid folik apabila ditukar kepada folat) perlu bagi banyak fungsi badan. Manusia tidak boleh mensintesiskan folat de novo; oleh itu, folat perlu dibekalkan melalui pemakanan bagi memenuhi keperluan harian. Badan manusia memerlukan folat untuk mensintesis DNA, memperbaiki DNA, dan metilat DNA selain bertindak sebagai kofaktor dalam tindak balas biologi tertentu.[8] Ia penting terutamanya dalam membantu pembahagian dan pertumbuhan sel pantas, seperti ketika masa bayi dan kehamilan. Kanak-kanak dan orang dewasa kedua-duanya memerlukan folat untuk menghasilkan sel darah merah sihat dan menghalang anemia.[9]Folat dan asid folik mendapat nama daripada perkataan Latin folium, yang bermakna "daun". Folat wujud secara alami dalam banyak makanan, dan banyak khususnya dalam sayur berdaun hijau gelap.[10]

Rujukan

WikiPedia: Asid folik http://www.drugbank.ca/drugs/DB00158 http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.5815.... http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/vi... http://adsabs.harvard.edu/abs/2009PNAS..10615424B http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=O%3... http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2730961 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/14652294 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19706381